Mandi Bunga (2011) SDTV


SUASANA tenang dengan kebiasaannya membabitkan urusan jual beli kereta mewah
di ruang pejabat, Suhusia Sdn Bhd di Jalan Ampang, Kuala Lumpur riuh dengan laungan
‘cut’ dan ‘action’ daripada pengarah, Mohd Noor Mohd Kassim.
Orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu nampak seakan-akan hairan dan ada
di antara mereka berhenti untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Ternyata penggambaran
telemovie, Mandi Bunga yang membabitkan lokasi di pusat jualan kenderaan itu
mencetuskan tarikan tersendiri.
Apatah lagi dengan adanya pelakon utamanya, Azrul Zaidi yang membawa watak
Hakimi seorang jurujual kereta serta gandingannya Liza Abdullah sebagai Kak Sabar.
Penggambaran banyak tertumpu di pusat jualan kenderaan itu. Sehingga ada di antara
pelanggan baru yang singgah di kedai itu terkejut apabila melihat reaksi Hakimi sebagai
jurujual yang sering bertemankan jurumekap dan jurukamera yang merakamkan setiap
gerak gerinya.
Menariknya telemovie terbitan PTV Film Productions Sdn Bhd bukan hanya menjalani
penggambaran di pusat jualan kenderaan malah membabitkan beberapa babak di rumah
dan babak kemuncak adat ‘mandi bunga’ oleh Hakimi di sekitar Hulu Langat.
Biasanya mandi bunga agak sinonim dengan wanita, namun untuk telemovie ini Hakimi
disarankan mandi bunga bagi mengelak nasib malang dan menerima jodoh yang baik.
Sebaliknya musibah lain pula yang melanda apabila Hakimi berubah menjadi lelaki lembut!
Pelbagai kisah menarik dan melucukan dilalui pelakon telemovie yang disiarkan di Astro
Prima menerusi Saluran 105, pada Ahad ini, jam 10 malam.
Selain menyelitkan pelbagai pengajaran telemovie komedi ini mempunyai keunikan tersendiri.
Bukan hanya bersandarkan kepada gandingan pelakon lama dan baru. Walaupun tanpa
pembabitan jumlah pelakon yang ramai telemovie ini berjaya menepati objektif yang ditetapkan.
Gandingan pelakon Azrul Zaidi, Liza Abdullah dan Kazarudin Saisi cukup serasi. Selain penampilan
bintang baru seperti Tania Hudson dan Yasmin Khanif.
Pengurus Produksi, Hasni Maulod, memaklumkan penggambaran telemovie berkenaan
mengikut jadual yang ditetapkan. Pihaknya juga tidak berdepan masalah besar dalam
penggambaran walaupun berdepan cabaran dari segi keadaan cuaca dan kesuntukan masa.
Dia juga tidak menolak kemungkinan telemovie berkenaan menjadi ‘pilot project’ seterusnya
disiarkan dalam bentuk drama bersiri untuk produksi itu.
“Kami akan melihat pada sambutan telemovie ini selepas tayangan nanti. Pada awalnya pihak
produksi mempunyai perancang untuk menghasilkan dalam bentuk drama bersiri. Begitupun
semuanya bergantung kepada sambutan selain perbincangan daripada pihak produksi dan
pengurusan Astro.
“Kami yakin bersandar kepada barisan pelakon dengan topik yang diketengahkan ringan dan
lebih dekat dengan masyarakat Melayu telemovie ini mampu mendapat maklum balas positif
daripada penonton,” katanya.
Buat julung kali juga bekas peserta Raja Lawak yang juga anggota kumpulan Cham, Azrul
Zaidi diberi peranan pelakon utama untuk telemovie. Sudah tentu ia menjadi penanda aras
buat Azrul membabitkan diri dalam lakonan. Tidak dinafikan Azrul sebelum ini cukup
dikenali sebagai pelawak dan bidang pengacaraan.

Mungkin tidak banyak daripada produksi atau penerbit yang mengambil langkah
berani untuk mengetengahkan bakat baru seperti Azrul. Selain bakat yang dicungkil
daripada program realiti TV tempatan.
Bakat dan karakter Azrul sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. Mungkin
dengan asuhan dan bimbingan pengarah berpengalaman Azrul juga mampu diangkat
sebaris dengan hero Melayu sedia ada.
PROFIL PRODUKSI
TERBITAN: PTV Film Productions Sdn Bhd
SIARAN: Ahad (27 Mac 2011), jam 10 malam, Astro Prima (105)
PENERBIT: RM Rhea
PENERBIT EKSEKUTIF: Shafirul Nizam, Rohayah Ibrahim, Larissa Rose
PENULIS SKRIP: Sharifah Faniza Saiyed Yeop
PENGARAH: Mohd Noor Mohd Kassim
PENOLONG PENGARAH: Ahmad Azlan Syah Abd Rashid
PENGURUS PRODUKSI: Hasni Maulod
SETIAUSAHA PRODUKSI/ KESINAMBUNGAN: Jie Aman
PROP MASTER: Noor Azlan Noor Azmi
PROP MAN: Mohd Suffian
SOLEKAN: Mohd Faizul Ismail
WARDROBE : Siti Mahanifa Mohd Diah
JURUGEGAS : Mohammad Firdaus Alias
JURUKAMERA: Johan Haruna
PENATA CAHAYA: Halim Tajudin
PENOLONG PENATA CAHAYA: Muhammad Rizal Ibrahim
PENATA BUNYI: Aliff Omar Osman
BOOM: Zul Azri Mohamed Nordin
PERALATAN TEKNIKAL: PTV Film Productions Sdn Bhd
PENGANGKUTAN : IBZ Dagang/ E-Lane Transport Services
KATERING: Leahs Catering
PENYUNTING: Ahmad Safuan Abd Rashid
PELAKON: Azrul Zaidi, Liza Abdullah, Kazarudin Saisi, Amin, Tania Hudson dan Yasmin Khanif
A Jiwang MediaTeam Release
Welcome eiman32x our new MediaTeam!
FileSonic Download

LinkWithin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by crazy download - Premium Blogger Themes | crazy download