Ciabatta font download with @font-face styles

e-health cigeratte



Rokok utk kesihatan.. Sangat sesuai utk perokok2 tegar yang berniat utk berhenti atau mengurangkan rokok tp agak mustahil utk berbuat demikian..
Mustahil???? Sekarang tidak lagi dgn e Health cigerette..
*Fizikal menyerupai rokok biasa.. Tidak akan habis walau dihisap seberapa lama..
*Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula sbgaimna telefon bimbit..
*Asap yg langsung tidak berbau dan tidak membahayakan kesihatan si perokok dan orang sekeling
* Selamat utk semua jenis golongan maupun kanak-kanak kerana tidak perlu menggunakan api utk menyalakannya..
* teknologi mencipta asap yg akan dihasilkan secara automatik apb puting disedut dan mengeluarkan asap sebagaimana tokok sebenar
* 10 perisa percuma dan perisa boleh do refill..
*Mempunyai rasa dan nikmat(khayal) sebagaimana rokok sebenar..



e-health cigeratte

price: RM 70.00

Nur Kasih The Movie (2011) PPVRip




Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil.

Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana kandungan tersebut telah keguguran.

Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi. Pada saat ini, Adam berdoa kepada Tuhan supaya dikembalikan Nur Amina. Akhirnya, mereka berdua telah selamat.

Tetapi, cincin Nur Amina telah hilang. Jadi, Adam pun pergi ke tempat nahas tersebut untuk mencari cincin Nur Amina. Malangnya, ribut taufan telah melanda di kawasan tersebut dan Adam telah hilang. Nur Amina berusaha untuk mencari Adam tanpa berputus asa. Dia juga telah meminta pertolongan daripada Aidil untuk bersama-sama mencari Adam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berjaya menjumpai Adam. Tetapi pada ketika itu, Adam berada di dalam keadaan yang tenat kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan kereta.

Akhirnya mereka telah pulang ke Malaysia. Adam dibawa ke hospital untuk dirawat. Malangnya keadaan Adam menjadi semakin teruk di mana jantungnya lemah. Nur Amina tetap berusaha untuk menyelamatkan Adam dengan cara mencari sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan perubatan untuk Adam. Ketika itu juga, Nur Amina didapati telah mengandung lagi.

Sementara itu, tugas Adam sebagai cikgu telah diambil alih oleh Aidil. Pada suatu hari, Aidil telah dibelasah oleh sekumpulan samseng kerana dituduh merampas teman wanita samseng tersebut. Pada masa yang sama juga, Adam berada dalam keadaan yang amat kritikal. Mamat iaitu anak murid kepada Adam cuba untuk menyelamatkan Aidil. Malangnya, dia telah terbunuh.

Dengan pengorbanan itu, Adam berjaya diselamatkan kerana Mamat menderma jantungnya kepada Adam. Disebabkan itu Adam sempat melihat anaknya. Walau bagaimanapun, yang hidup tetap akan mati juga. Adam telah mati dahulu sebelum Nur Amina dan Aidil akibat tua.

Tarikh Tayangan
Di Pawagam 19 Mei 2011

Pelakon
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi

Pengarah
Kabir Bakhtiar

Lakon Layar
Mira Mustaffa

IMDB Link: http://www.imdb.com/title/tt1932688/



Hotfile Download
FileSonic Download
UploadStation Download
Fileserve Download
Wupload Download

LinkWithin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by crazy download - Premium Blogger Themes | crazy download